Suhaimi's atmosphere

By: Suhaimi Salleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 14-Dec-2009 12:57 Email | Share | | Bookmark
Bali dan Agama Hindu

Saya memang tidak pernah ke mana-mana bahgian di Indonesia sebelum ini, dan banyak cerita tentang indonesia yang saya dengar hanya melalui media. Tentang penunjuk perasaan di Jakarta, kekecohan disana dan disini, kemiskinan, pengangguran... dan satu yang menarik disana adalah industri perlancongan yang murah...

Jika bukan kerana kursus Scuba Diving, saya mungkin belum dapat menjejak kaki ke bumi Indonesia... saya berpeluang untuk kesebuah pulau yang majoritinya beragama hindu... disini suasananya amat berbeza jika dibandingkan dengan mana-mana kawasan di Indonesia. Amat tenang, semua penduduknya baik2 belaka....



Suasana keagamaan disini agak berbeza dengan di Malaysia atau dimana-mana sahaja, di merata tempat di Pulau Bali ini kita akan melihat banyak sekali patung-patung, di setiap jalan-jalan, kampung-kampung, rumah-rumah, tempat perniagaan, dan segala pelusuk di Pulau ini.



Penduduk disini sangat mentaati agama mereka, malah didalam saluran televisyen juga mempunyai slot ceramah ugama, mereka memakai pakaian serba krim putih yang bersih, digosok dengan kemas, bukan sedikit yang begitu, malah ramai....

dimana-mana sahaja mereka memakai sarong dan tengolok yang dipanggil 'udang'...



seni arkitek di semua rumah2 menggunakan sejenis batu dari Gunung Berapi... memang cantik. oleh kerana saya tidak membawa notebook, jadi semua foto-foto ini mmg tidak diedit dan tidak dicrop... maaf, jika gambar atau warnanya kurang menarik...

Insyallah, bila ada kelapangan untuk mengambil foto disini, saya akan poskan lagi....


Wednesday, 2-Dec-2009 09:48 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perasmian Wisma LJT


foto 1: gambar menerangkan 1000 cerita

Mengambil gambar bukanlah sekadar menekan shutter, kita mesti memasukkan cerita didalam suatu gambar, Contohnya didalam gambar di atas, Dato Sri Douglas sedang merasmikan Wisma LJT pada 1 Dis 2009. Semua cerita-ceriti mengenai gambar ini terkandung didalam satu foto ini. Saya tidak perlu menulis caption banyak2, kerana ramai yang cepat melihat cerita berbanding nak baca caption.



foto 2: tanpa menggunakan flash

Bukan semua keadaan boleh diambil dengan menggunakan flash.. Kadang2 photographer dilarang untuk menggunakan flash didalam dewan. Dalam hal ini, saya tidak menggunakan flash kerana;
1) tidak mahu menghilangkan kesan warna didalam dewan
2) jarak yang terlalu jauh, dan flash memang tidak sampai ke subject.



foto 3: candid menggunakan telephoto tanpa flash

Saya menggunakan 210mm dengan speed 1/30s f/5. semua ini perlu latihan bagaimana untuk kita menahan nafas sebelum menekan shutter.


foto 4: tanpa flash didalam dewan


foto 5: telephoto tanpa flash

selesai mengambil gambar diatas, baru senang nak tidur... beberapa hari sebelum tu, mmg tidur tak pernah cukup....

malah pada hari perasmian, mmg tak lalu nak makan... yang lebih malang, lepas balik, bini pun mrajuk dan terus tak dapat makan... dpt makan maggi jer... itu pun kena masak sendri....

haaaiii... apsal la ramai orang nak jadi fotografer... dorg tak tau, klu jadi fotografer alamat dapat makan maggi jer laaa....



Saturday, 21-Nov-2009 06:23 Email | Share | | Bookmark
Hidup tanpa SLR

Pernahkah anda terfikir, bahawa suatu hari anda akan hidup tanpa DSLR??? saya cuba menulis sedikat sebanyak pengalaman hidup tanpa DSLR....



Semalam saya sempat mengunjungi pameran perkahwinan untuk mendapat sedikit sebanyak teknologi baru dan kadar bayaran upah fotografi perkahwinan.. mmg menarik dan ia memberi saya satu inspirasi baru untuk mengubah kaedah mengambil gambar fotografi perkahwinan...


kemudian kami melawat tapak pameran produk2 tempatan dengan pasaraya2 besar... mcm2 kami beli...


lepas tu, isteri saya mengajak carik buku untuk anak2... mmg pada peringkat ini, kami perlu mencorak cara pemikirannya.. jadi isteri saya mendaftarkan nama anak saya sebagai seorang ahli kelab MPH...


sampai dirumah, isteri saya mengambil gambar kasut2 croc yang dibeli dengan harga RM50.. best kasut ni... sorg dapat satu, isteri.. saya sendiri dan dua orang anak saya...


pastu, saya tak puas hati cara dia amek gambar... saya mintak kamera tu dari dia.. dan shot telatah anak saya bila dalam kasut crocs nya...


kalau kat atas tu ada gambar yang isteri saya amek, pastu saya plak amek gambar amir, dan ini pula gambar yang diambil oleh amir... mana nak tumpah kalau tak pada anak sendiri... tak sangka pula amir ni pun berbakat macam ayah dia....


ini plak gambar amir, 3 tahun sedang mengeja namanya menggunakan notepad... bila adiknya datang dekat, dia pun sound kat adik "Adek.. pi main jauh2.. abg nak buat keje..."... aku pun gelak nengok telatah dorg nih.... yang bestnya bila penuh nama dia kat skrin, dia pun tekan butang delete.. kasi padam semua namanya... pastu tu dia taip balik sorg2.... emmmmm ... tak sia2 kami ajar budak2 ni ABC pada usia yang kecik...


Monday, 16-Nov-2009 03:57 Email | Share | | Bookmark
Tajul selamat bersanding di Seremban

Akhirnya seorang jejaka yg paling hensem di UNITAR, Tajul akmal telah jatuh kecundang bersama seorang wanita pilihan hatinya, lina apabila mereka melangsungkan resepsi perkahwinan mereka di Seremban semalam.



Tajul sama seperti hari2 sebelumnya, ketawa sepanjang masa, mungkin masih belum sedar bahawa dirinya tidak boleh lagi minum teh tarik selepas menonton bola bersama-sama kawannya. Tapi jelas kegembiraan tajul bila ramai rakan2 mengunjungi majlis persandingan beliau..



Inilah wanita yang bejaya menaut hati tajul, lina (yang tidak diketahui umur, kerana tajul merahsiakannya)..



semoga perkahwinan tajul & lina berkekalan sehingga ke penghujung nyawa..



sama segak..







kami pulang jam 3.00 ptg, sayang cik moon, zila dan lain balik terlalu awal... hingga mereka tiada gambar bersama....



Saturday, 7-Nov-2009 11:55 Email | Share | | Bookmark
amir dengan lukisannya

lepas sahaja bangun tidur, amir terus mintak kertas dari ibunya... dan mula melukis....

amir baru berumur 3 tahun, tapi hobi mewarna dan melukis sejak kebelakangan ini menyebabkan dia terlalu sibuk untuk membuat perkara-perkara lain.. bila disuruh ibunya ambilkan botol susu adik, beliau bersahaja pun jawap..'jap.. amir tengah color nih.....'



ini lah gambar Ben-10 yang dilukisnya.. amir ni masih bercakap pelat... pening juga bila aku cuba memahami ayatnya...

he he..



[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net