|
|
| Tuesday, 24-Feb-2009 12:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Amir balik kampung
|
|
amir semasa balik kampung ke Kota Tinggi pada minggu lepas,
macam-macam aksinya, bermain dengan pistol.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Jan-2009 13:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Medan Ikan Bakar Kg Telok, Pasir Panjang
|
|
Pergghhh... susah nak ceritakan camner keadaan bau yang enak kat medan selera kat sini. Sebenarnya bukan intention kami nak pegi kat sini, wife saya terasa sgt lapar nak ingin mencarik goreng pisang buat alas perut sebelum dinner pada malamnya...
kami pun bergerak dari Hotel Tiara Beach Resort menghala ke Melaka, errr... ini mengingatkan saya tapak projek PD Sanctuary yang dahulunya saya pernah membuat kerja-kerja hidrography dalam tahun awal 90an.
Sedang kami jalan2, kami terjumpa Medan ikan bakar Kg. Telok. pergghhh... sedap tak terkata.... korang nengokla camner brother ni buat otak2... rasanya macam puding ikan... sedap!!! lain dari yang lain....
Kami jadi gila kejap kat sana sebab ada macam2 jenis ikan, mmg pening kepala nak pilih ikan, pastu kami decide utk amek ikan pari bakar dan ketam... nasi lemaknya pun spesel.... tak tau camner nak cerita .... saya tambah 3 bungkus nasi lemak makan sorang-sorang... wife saya pun makan 3 bungkus nasi lemak... air pun sampai 4... kami bantai 2 orang....kami habis kat RM50.00.. he he....
kat sana saya berpeluang amek gambar2 jeti dan silhoutte... very nice view.... ngan udara yang nyaman, tenang... dan bila malam, anda berpeluang melihat kerlipan rumah api cape rachedo, atau tg tuan..
kalau ade peluang pegi Port Dickson, korang carik la tempat ni... tapi datang awal sket, seawal 6.00 ptg, kerana selepas 8.00 mlm, mmg orang sgt ramai....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Jan-2009 12:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Membaiki Foto 2
|
|
Membaiki Gambar
Pernahkah anda mengambil gambar tetapi gambar anda mempunyai sedikit masalah... seperti contoh
'composition error'...
lihat gambar dibawah ini, komposisi anak saya sudah cantik pada kedudukannya, tetapi kedudukan isteri saya tidak kena dan tidak bersedia untuk digambil gambar.
lihat pula gambar kedua dibawah, didalam gambar ini pula isteri saya sudah membuat 'peace' tetapi kedua-dua anak saya tidak bersedia, dan kedudukan komposisi langsung tidak kena.muka isteri saya juga tidak dalam keadaan senyum
gambar ketiga ini juga tidak kena pada kedudukan komposisi, saya memilih gambar ini kerana ini sahaja gambar yang isteri saya senyum.
saya menggunakan foto 1 untuk dijadikan asas, dan kemudian membuat masking pada foto 2, dengan memasukkan kedudukan isteri saya (yang sdg membuat peace) dibelakang pelampung kuning anak saya. untuk mengamtikan muka yang tidak senyum, saya memasukkan foto 3 dan membuat masking. foto 3 mengantikan muka pada foto 2.
Hasilnya adalah seperti berikut:
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Jan-2009 08:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lensa - Penggunaan
|
|
Penggunaan Lens
Lens terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
1. Standard Lens
2. Wide Angle
3. Telephoto
Untuk kamera Full Frame standard Lens mempunyai focal Lenght = 50mm, ia dipanggil Standard Lens kerana ia hampir kepada standard penglihatan mata kita. Kadar sudut pandangannya lebih kurang 47 darjah.
Manakala Wide Angle adalah lens yaang membolehkan kita melihat lebih dari 75 darjah sudut pandangan. Untuk kamera Full frame, ia mempunyai focal lenght yang kurang dari 35mm. Dan Telephoto pula apa-apa lens yang melebihi 80mm. Ketiga-tiga lens ini memberi aplikasi yang berbeza kepada jurufoto.
Wide Angle
Wide Angle digunakan ramai oleh wartawan2 dan interior photographer. Ia membolehkan wartawan berasak-asak dan mengambil gambar pada jarak yang dekat. Wide Angle membolehkan mereka memasukkan 'story' didalam foto mereka. Wide Angle ini hampir tidak perlu difokus kerana kesan Depth of Fieldnya agak luas.
Dan bagi penggunaan kepada interior photographer pula, mereka boleh membuatkan ruangan interior menjadi luas. Bagi saya pula, saya gemar menggunakan wide angle ini untuk meng'emphasize'kan subject utama dan memasukkan elemen disekelilingnya.
dlm wedding kita boleh emphasizekan pengantin lebih dari orang lain apabila kita mengambil gambar mereka pada jarak yang dekat. Apa-apa yang selepas dari 1 meter akan kelihatan kecil yang ketara.
Telephoto
Lens Telephoto banyak digunakan oleh wartawan sukan, dimana mereka boleh mengambil gambar dari jarak yang jauh, dan mengutamakan subject. Apa-apa dibelakang subject akan di'blur'kan (atau disebut bokeh). Lens ini agak berat, dan sukar difokus berbanding dengan wide angle. Sedikit kesilapan memusingkan 'focusing ring' boleh menyebabkan subject 'out of focus'. Ia akan memberi kesan yang membesar pada backgroud. Contohnya bila anda ingin mendapatkan bulatan matahari yang besar, gunakan lens telephoto.
Saya suka menggunakan Telephoto untuk mendapatkan kesan bokeh dan membesarkan background.
contohnya didalam gambar diatas, jarak anak saya (yang berpelampung kuning) dengan ibunya adalah berjarak kira2 10 meter... dan anak saya kelihatan besar as a second subject yang di blurkan.
manakala pada gambar dibawah ini (menggunakan wide angle) pula gambar anak saya yang berpelampung berjarak 1 meter dari ibunya yang dijadikan second subject pada background gambar ini. lihat pada foto ini, subject depan dan belakang remain in focus. tidak seperti gambar diatas.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 23-Jan-2009 10:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Still Photo 2 - Abstrak
|
|
still photo ni boleh diambil dimana-mana juga, asalkan anda nampak ia boleh menjadi suatu subject yang unik. dibawah ni gambar yang diambil semalam semasa wife saya sedang memandu dalam hujan. Memandangkan banyak titis-titisan hujan di cermin terus saya capai camera dan capture.
Nikon D40, ISO1600, 55mm, 1/15s, f/8
Keseluruhan gambar ini diambil dengan manual, start dari focusing, shutter, aperture, hingga ke white balance. kesan lampu jalan (3000K) menyebabkan setting WB pada 5500K akan menukar kesan lampu menjadi kuning keemasan yang melampau..
begitu juga teknik yang diapply pada still photo dibawah:
Nikon D40, ISO200, 105mm, 1/4s, f/11
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-Jan-2009 07:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Still photo
|
|
Mengambil gambar still photo adalah satu cabang seni, bergantung bagaimana anda commercialkan photo itu atau anda senikan photo tersebut.
mengambil gambar still tidaklah sesusah mana, kerana banyak bahan2 boleh digunakan untuk dijadikan subject. Contohnya batang pensel, sudu, periuk, cawan, sinki, buku, dsbnya... bahan disekekliling anda boleh menjadi subject.. terserah bagaimana anda mengolahnya.
Nikon D40, ISO200, 200mm, 1/125, f/8, dist 1.5m
saya suka gambar still photo ini dengan menggunakan satu sumber cahaya, kerana dengan menggunakan satu sumber cahaya, saya mudah untuk mengawal shadow.. gambar diatas, saya meletakkan strobe light dibelakang buah catur dan meletakkan black card untuk mengelakkan harsh light masuk ke lens saya.
manakala dibawah ini pula, adalah gambar highkey;
Nikon D40, ISO200, 200mm, 1/125, f/8, dist 1.5m
bezanya tidak banyak, cuma saya membuang black card dibelakang buah catur... exposure remain the same....
ingat tak dulu saya pernah mention about meter reading on black background vs white background...
this is the best samples.. klu kita baca meter reading kat kamera, pasti reading akan jadi gila...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Jan-2009 18:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Potrait
|
|
Seperti yang pernah saya nyatakan dulu, mngambil gambar potret perlu mengandungi unsur-unsur sampingan yang menyokong gambar tersebut.. seperti contoh kecantikannya, keceriaannya, dsb untuk memberi mood kepada potrait tersebut.
seperti gambar diatas, saya mengambil menggunakan telephoto lens 200mm, f/5.6 (ISO 800, Speed 1/500). kemanjaan stacy dan aksi senyuman yang seksi sgt terserlah. saya memokus kearah matanya dan memasukkan kesan bokeh di background untuk membuang distraction.
gambar ini kemudiannya di'soft'kan dengan menggunakan photoshop
ini pula gambar stacy, juga menggunakan telephoto lens dan bukaan yang sama;
tetapi diambil dengan 'tight crop'.
juga cantik jika sesuatu gambar itu diambil dari celahan-celahan orang ramai, keranan kita boleh memasukkan mood subject disamping peminat disekelilingnya.
nanti jika ada peluang saya akan memasukkan mood yang lain pula, seperti kesedihan, kesunyian dsbnya. kesan mood ini jika berjaya mempengaruhi viewers, ia bermakna anda berjaya...
dibawah pula contoh gambar yang digunakan sama seperti thread yang sebelum ini, bezanya ianya ditambah kesan contrast dan mengurangkan lighting/brightness
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Jan-2009 12:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mengapa B/W?
|
|
Bagi saya mengambil gambar b/w ini merupakan satu seninya yang tersendiri.... ia hanya mempunyai warna hitam dan putih sahaja, tiada masalah 'color distraction' sepertimana foto berwarna.
Mode hitam putih (B/W) juga mengajar kita tentang aspek tone dan lighting.... samada kita ingin menggunakan satu sumber lighting atau lebih dari satu sumber lighting... kita boleh meningkatkan noise dan buleh mengekalkan texture.
Kita agak mudah untuk membuat low key, dengan membaca reading cahaya pada highlighted area, yang lain kita kekalkan hitam... masalah 'distraction' yang timbul dalam B/W boleh dibaiki dalam photoshop dengan menggunakan teknik dodge & burn.
Gambar yang ber 'contrast' tinggi boleh mengujudkan texture yang nyata, especially untuk menunjukkan garis 'tua' pada sesuatu potrait itu. Salah satu teknik untuk meningkatkan contrast adalah dengan menggunakan ISO yang tinggi,
anda tak perlu gusar mengenai gambar yang diambil akan under, kerana gambar yang under boleh ditingkatkan contrast pada photoshop...
Aspek-aspek lain, seperti rule of third, looking space, focus pada mata dll hukum yang ada, perlu dipatuhi....
Semua gambar-gambar ini diambil pagi tadi, sekembalinya Ayahanda dari Mekah. Semuanya menggunakan kamera Nikon D40, ISO pelbagai, dan most of exposure -1 stop hingga -2stop
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 10-Jan-2009 20:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mengambil gambar budak2
|
|
saya mmg berminat mengambil gambar budak2... bila saya pergi kemana-mana sahaja tempat baru, pasti saya mencapai kamera, trus carik budak2 dulu, dan sembang-sembang.. tanya nama... tanya dah skolah ke belum... dll...
pastu saya ajak amek gambar....!!!
lepas amek 2-3 shot, saya tunjuk kat budak2 tu, bg dorg ghairah sket.... pastu saya ajak amek ag... kali ni pelbagai aksi plak.... perghhh... syioookkkkk.....
bebudak nih, klu kita amek... dorg ni tak pandai 'berselindung'... they simply show n share their hapiness...
kkdg tu, klu dorg bersedih, kita mudah nk amek mood, dan rakamkan dlm foto...
mengambil gambar bebudak ni, mmg leceh sket... sbb dorg ni x makan saman, esp anak kita sendri... ngikut exp. sendri, amek gambar anak org ni snang sket... bbanding amek gambar anak sendri...
ok satu lg, saya suka amek gambar bebudak guna 18-55mm... wide??? heh-heh... ia... wide angle lens pd jrk yang dekat... sy kurang gemar amek gambar curik... saya suka dorg tahu saya amek gambar dorg... sbbnyer? try sendri...
mengambil gambar bebudak ni, samer lebih kurang amek gambar model... kene amek gambar bebanyak yang buleh, dan pelbagai sudut... pastu tgk byk2... pilih 5 yang terbaik...
kita terer camner pun jgn la blagak.... profesional pun amek gambar bebanyak jugak....
aksi dorg kita kna bertindak cepat.. setkan exposure siap2.. guna manual, pastu jgn pikir lg psal exposure... pkir psal composition sajer....
guna rule of third, dan fokus pd mata budak!! siapkan looking space skali... tgk arah mata....
jgn lupa lighting sgt penting, jgn gamble amek klu x cukup cahaya... nanti nyesal tak sudah....
ni plak gambar anak2 yatim ar-rhoudah, saya ambil gambar kegembiraan dorg bila mengambil gambar berkumpulan, mereka gembira mengambil gambar bersama..
tapi bukan semua yang gembira, ada yang bersedih kerana tiada ayah dan ibu tempat bermanja...
open for discussion... pls comment atau sharing ideas...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Jan-2009 11:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Composition Technique
|
|
Komposisi memainkan peranan penting semasa mengambil gambar, ia seolah-olah kita melukis gambar, jadi posisi subject mestilah betul dan mengikut hukum-hukumnya...
dibawah ini adalah contoh gambar menggunakan 'rule of third' dimana main subject berada di garisan 1/3 dari frame. dan oleh kerana subject memandang di sebelah kanan, maka looking space di tarok disebelah kanannya...
satu aspek lain lagi adalah, background... background mesti relevant dengan main subject... contohnya background di belakang juga sedang meng'amin'kan doa di masjid semasa sembahyanh jumaat.
Nikon D40, 85mm, ISO400, 1/50s, f/5.6
satu lagi aspek warna, jika ada suatu subject yg mempunyai warna yang tertonjol boleh menyokong main subject supaya ianya tersembol!! seperti gambar lelaki yg memakai baju merah dibawah...
Nikon D40, 210mm, ISO400, 1/80s, f/5.6
dan kanak2 dihadapannya pula berganding antara satu sama lain yang membentuk pairing...
dibawah ini pula gambar mahadi (9W2EGG - disebut nine whiskey two echo golf golf) sedang mengendalikan stesen radio amaturnya... saya memasukkan elemen background menunjukkan equipment yang sedang digunakannya..
Nikon D40, 70mm, ISO1600, 1/30s, f/5.6
kota perlu mengambil dari beberapa angle, utk digandingkan dengan gambar utama...
ia bagai menyokong gambar utama, kerana pembaca yang tidak puas, ingin melihat gambar2 lain selain dari gambar utama.
Nikon D40, 70mm, ISO1600, 1/30s, f/5.6
kita boleh berkreatif menggunakan kesan DOF (depth of field), ia boleh membawa mood pada imej tersebut.
Nikon D40, 120mm, ISO1600, 1/30s, f/5.6
ini pula gambar sampingan yang slalunya kita ambil untuk menutup cerita... atau sebagai cerita akhir
Nikon D40, 70mm, ISO1600, 1/500s, f/5.6
|
|
|
|
|