Want your
own Fotopage?








 
Suhaimi's atmosphere

By: Suhaimi Salleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-Jan-2009 11:06 Email | Share | | Bookmark
Teknik membaca meter

terima kasih kerana menunggu artikel ini, ok arini saya menjawab persoalan rakan mengenai bacaan meter menggunakan kamera dan meter cahaya.

teknik membaca exposure menggunakan kamera dipanggil 'reflected reading', dimana sumber cahaya dari matahari menyinari subject dan di'reflect'kan ke kamera, dan kamera mendapatkan bacaan. kaedah ini sering mengelirukan kamera, kerana kamera tidak tahu samada subject itu gelap atau terang, ia dipukul rata mengikut bacaan yang diterima pada sensor..

contohnya;
apabila subject kita mempunyai background yang gelap, kamera selalunya beranggapan imej adalah gelap, dan ia akan compensate untuk menerangkan imej tersebut, maka gambar yang akan terhasil akan 'over'....

dan apabila background yang cerah pula, kamera beranggapan imej tersebut adalah cerah dan kamera akan compensate untuk mengelapkan imej, lalu gambar subject akan jadi 'under'...


Nikon D40, 300mm, ISO800, 1/250, f/6.3

jadi teknik yang betul adalah membaca cahaya menggunakan teknik 'incindent reading'. teknik incident reading ini akan membaca cahaya terus dari sumber cahaya.. jadi subject gelap akan kekal gelap, subject yang cerah kekal cerah...

dalam gambar diatas, background pembaca surat khabar ini adalah gelap... reading di baca pada pembaca surat khabar tersebut, backgroung remain dark..

ok cuba lihat gambar dibawah pulak... kalau saya baca reading dari kamera, sudah tentu main subject akan menjadi over...

itu adalah sebab utama kenapa saya tidak menggunakan mode 'A' (Aperture Priority) dalam gambar gambar saya... Jika saya menggunakan mode A, shutter akan compensate mengikut bacaan meter dan pasti gambar saya menjadi over..


Nikon D40, 250mm, ISO400, 1/2000, f/5.6

dibawah ini adalah contoh gambar yang diambil mempunyai background yang gelap... subject pisang kekal dalam exposure (tidak over) dan background yang gelap kekal gelap....


Nikon D40, 250mm, ISO400, 1/500, f/5.6

dan dibawah ini adalah gambar yang mempunyai background yang cerah... ia kekal cerah...


Nikon D40, 150mm, ISO200, 1/250, f/5.6

knp yek selalu jd kt sy,time cuaca cerah bila sy snap je,subject gelap?? padahal bwh matahari neh.. Tue 17-Mar-2009 08:25
Posted by:wanRap
1st skali wanRap kene tau pasal exposure, bile exposure meter anda berada kat ( - ) itu menunjukkan gambar wanRap akan gelap dan bila meter tersebut berada pada ditengah atau 0 gambar tu jadi normal klu bacaan meter tu ( + ) gambar tersebut akan jadi cerah. ini dipanggil EV atau Exposure Value. EV meter ni wanRap leh lihat kat Optical Viewfinder atau kat LCD screen. saya ucapkan tahniah tu wanrap sebab tanyakan soklan camni. --teruskan snap gambar wanrap! Fri 27-Mar-2009 08:24
Posted by:johnny stanfet johnnystanfet@yahoo.com.au
mekasih bro johny tuk penerangan tu..
sy amat jelas dgn metering kt EV tu..o00..rupenyerr kt EV tu la dipangil meter yek bro??
huhuu..kalu mcm yg evaluating meteringcentre weight metering tu suma metering tuk ape yekk?? lg 1 kdg2 bila lpk2 ngan kawan2 yg lg seniordowank duk ckp pasal metering la kt langit..lebih kurang mcm tu la bunyi ayatnyerr..huhuhummg sy xtauknp nk metering kt langit pulak?? N mcm ner lak nk metering kt langit tu?? yg neh la sebenarnyerr main problem sy pasal metering..harap bro johny leh faham pe yg sy taip neh..heheheh maaf kalu ayat beterabur..
Thu 9-Apr-2009 08:44
Posted by:www.wanrap.fotopages.com
View all 6 comments Add comment


Friday, 2-Jan-2009 19:20 Email | Share | | Bookmark
Mengambil gambar menggunakan Compact Camera



Mengambil gambar dengan Compact Camera adalah lebih mudah bagi peminat-peminat fotografi tanpa memerlukan seseorang itu memikirkan masalah focusing dan exposure. dan ada juga dikalangan fotografer profesional suka membawa kamera kompak kerana kecil, ringan, tidak perlu focus dan setting pada exposure.



Kesemua gambar-gambar di thread ini diambil menggunakan Compact Camera, atau kengkadang dikenali sebagai Point & Shoot Camera, (ada ramai yang tulis sebagai P&S, PNS). Contohnya gambar diatas diambil dengan menggunakan compact Camera Panasonic Lumix FX12, yang dibeli dgn harga l/k RM600.
Kamera ini cukup wide dan boleh diambil dengan jarak dekat.



Camera compact boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja, tanpa perlu seseorang itu memahami teknik-teknik fotografi. Untuk menghasilkan gambar yang baik dengan menggunakan kamera kompak anda perlu faham dengan kamera anda. Kebanyakkan kamera kompak boleh menghasilkan gambar yang cantik apabila cahayanya mengcukupi terutama bila anda mengambil gambar outdoor.

Anda perlu belajar teknik komposisi untuk mendapat gambar yang belih menarik. Anda perlu mematuhi hukum-hukum komposisi. Contohnya gambar diatas, pastikan 'eye level' pada subject mesti sama dengan aras lensa kamera anda..



Dengan menggunakan kamera kompak juga, anda boleh berkreatif seperti gambar atas, dimana kita memokus pada tayar basikal, dan membiarkan subject blur pada background.

Lokasi: Taman Tasik Layang2 di Kepong
Tarikh : 1 Jan 2009
Masa : 11:00 pagi

salam bro,
ada org nak tolak D40 kit
1.1K
ok tak?
need advise please..
Wed 7-Jan-2009 17:31
Posted by:azmi - unitar sermute@yahoo.com
call aku kt 012-3081985, or sms Wed 7-Jan-2009 21:12
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my
Add comment


Friday, 26-Dec-2008 03:08 Email | Share | | Bookmark
cuti raya krismas kat bt caves

slalunyer mmg aku bzy giler waktu cuti... tah camner bleh lak aku melepak kat umah mlayan isteri ku yg manis dan anak2 ku lincah.... ammar anak ku yg baru 1 thn 4 bulan, baru nak blajar berdiri... aku pun snap bbrpa keping gambar... tapi satu pun x menjadi.... bebudak katakan.... asal aku pgang kamera jer... dorg terpa kat aku... nak mintak manja dan d belai....



jd utk student2 foto, gambar diatas adalah contoh untuk mengaitkan background dgn subject... kita memasukkan unsur permainan kanak2 dgn mood kanak yang suka bermain.... dari segi aspek lighting pula, saya menggunakan slave.. kedua2 gambar diambil dgn melaraskan ketinggian eye level sama dengan kamera...

fokus; jgn lupa!!! fokus kat mata!!!! slalunya saya gunakan bulu mata sebagai panduan.... bila bulu mata nampak jelas... saya akan tekan shutter...





klu nak berbincang, masuk forum fotopages atau www.photosantai.com/forum/index.php

mkasih yanti krn melawat fp saya... saya pun suka bila ada ramai kawan baru.... saya guna blog ini utk sama2 share knowledge dan exp... klu ade sbrang komen... saya sedia baca... dan klu ada sbrg cdgan utk saya tingkatkan knowledge, pls feel free to advice.. Fri 26-Dec-2008 11:02
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my  - [Link]
Welcome to my blog http://carlbella69.blogspot.com

Bro bagi tips cm ner nak shot dapat pic yang tajam....
Mon 29-Dec-2008 16:12
Posted by:Carls carlbella69@gmail.com  - [Link]
a'kum nizam, haa?? dah pakai blogspot plak?? canggih2.. smoga success dlm wedding photo...
ok nizam,
elemen yang penting utk mendapatkan pic yg tajam terletak kepada lens... lens adalah senjata utama... jadi pastikan lens dalam keadaan baik, jangan cuci lens dan buang coating....
kedua, menggunakan optimal aperture... setiap lens mempunyai optimum aperture opening, so carik & experimentkan dulu...
ketiga, teknik focusing, focus pada mata subject, saya slalu guna manual focusing... klu autofocus anda mampu mengambil gambar sharp, gunakannya....
keempat, selepas semua aspek diatas, anda ikuti... gunakan unsharp mask dlm fotosop... ikut prosedur kerja:
1. buat leveling dulu
2. tambah saturation
3. reduce size sesedap rasa
4. unsharp mask...

ok, selain dari atas, saya punya tips... saya selalu fokus sehingga nampak helaian bulu mata... baru saya tekan shutter...
Mon 29-Dec-2008 17:51
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 21-Dec-2008 00:03 Email | Share | | Bookmark
Anak aku gila main Lego



Hergh... memacam dorg mereka bentuk block2 lego ni.... kejap wat bangunan tinggi, klcc, pistol, kapal terbang, bot, kereta, lori.....

pastu siap buat bunyi2 lagi... aku pun sejak kebelakangan ni mmg buzy sket... dah lama x bukak tripod... dlm bini aku sibuk kat dapur, aku pun amek strobe sejibik, pasang atas kpala dorg... apa lg, snap aaaa....


gambar kat atas ni sebenarnya over exposed, aku terbaca kat Digital Camera, camner dorg repair gambar over kat B&W... soo... aku buat la...

mkasih perakman, sbb lwt fp saya... saya suka nengok gambar2 yang perakman amek... bg saya perakman mempunyai sensitiviti mata yang kreatif, semua gambar2 perakman mengikut aturan komposisi yang baik... klu perakman berada di kuala lumpur, mungkin boleh menghubungi saya di 012-3081985.... terima kasih dan salam perkenalan.... Wed 24-Dec-2008 16:21
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my  - [Link]
mie....b&w tu cantik ...compo pun ok ngan depth... tapi kalau kena ngan cara cropping adjustment lagik cantik mie...just sharing Tue 30-Dec-2008 05:28
Posted by:dimebag deinvent@yahoo.com  - [Link]
mkasih abg lan visit fp saya... geram nengok abg roslan main b/w... tu yang try balik tu.... he he Tue 30-Dec-2008 15:44
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 18-Dec-2008 17:03 Email | Share | | Bookmark
unitar

tma kasih kpd sume peserta2 dari UNITAR, semoga sume teknik2 yang dikongsi dapat memanfaatkan kpd sume.
tma kasih kpd sume organiser UNITAR, pensyarah, kktangan, dan student2 yg terlibat....


thanks to bro mie...
actually dulu pernah guna PS.. tapi dah lama lupa dah..
PS nie.. kena selalu main ngan dia.. baru lah.. all on fingger tips..

anyway thanks for the course..

saya baru nak berjinak2 dlm dunia foto nie..
pls advice me..
thanks

my url:

http://www.flickr.com/photos/ziqqifalbum/
sermute.fotopages.com
Fri 19-Dec-2008 01:30
Posted by:azmi sermute@yahoo.com
Add comment


Sunday, 14-Dec-2008 06:43 Email | Share | | Bookmark
Me 'repair' foto



he he.. ini mainan yang dibeli oleh cik ila... mak sdara amir nih... macam2 dia dah reka, kereta, kapal terbang, bot, pistol dan yang terbaru.. KLCC!! ayahh!!! tengok nih..!!! KLCC!! haaa.. iyolah... biar ayah amek gamba... so aku pung capai kamera, set flash kat TTL, trus snap!!

gambar yang aku post ni mestilah dah kena edit... apa yang aku repair???



masalah si amir nih.. dulunya die ni mmg fotogenik... mana tak nya gigi putih bersih... tapi skrang tak lagi... penuh lubang dan itam... jadi dah tentu aku repair gigi dier... dan satu lagi yang aku repair adalah 2 mata kat lego dia... aku kasi padam....



jadi camner aku padam??? gunakan fotosop, amek arahan copy color yang berbentuk mcm drop tu... pilih kat gigi yang putih, pastu tekan...
carik gigi-gigi yang warna coklat, 'brush'kan dier.... biar jadi putih macam kat atas... sama gak untuk mata2 tu....

Care to comment?


Saturday, 6-Dec-2008 19:49 Email | Share | | Bookmark
Mercy - Bukit Antarabangsa

Redah on mission
Block traffic
Briefing
View all 10 photos...

Aku baru sahaja pulang dari memberi bantuan mangsa-mangsa tanah runtuh di bukit antarabangsa. Memang menyayat hati, tanah yang kita pijak menimbus 14 buah banglo... Operasi bermula di Bilik Gerakan Redah 4x4 mengurus logistik kenderaan 4x4 untuk Mercy.


Pada jam 5 petang setelah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa, kami berkonvoi membawa kakitangan Mercy di tempat kejadian.



Jalan MRR2 di Sekolah Ulu Klang menjadi sangat sibuk. Manakala di tempat kejadian keadaan sangat sesak sehingga kami terpaksa menggunakan akses lain.


Kami menuruni curam di Atria Condo untuk meninjau dan memberi bantuan kepada mangsa2 jam 11.00 mlm. Kami tamat jam 2:00 pagi.

Esok, beberapa orang peminat 4x4 Hardcore akan membuka track untuk laluan menyelamat mangsa-mansa tanah runtuh... aku tak dapat join sebab nak balik kampung di Kota Tinggi.


memang bagus la
cepat
Sun 7-Dec-2008 13:21
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
Mercy ni badan NGO yang membantu tak kira masa dan mana tempat... dorg banyak beri bantuan berunsur kesihatan dan keperimanusiaan,,, aku tak tau byk pasal Mercy Malaysia nih.. apa2pung ko bleh nengok http://www.mercy.org.my
aku dipanggil oleh group 4x4, 'redah' untuk membuat liputan program bantuan mereka kepada mercy... aku pun jadi salah sorang volunteer (under mercy) nak pujuk dorg keluar dari kawasan tragedi... kalau kita tak tolong... saper nak tolong lagi... apa-apa pun tahniah kepada lain2 volunteers yang sanggup mengorbankan cuti raya haji.. dan bersengkang mata beberapa hari... tahniah kepada anda!!! bravo!!!
Wed 10-Dec-2008 07:15
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my
menarik tengok gambar2 ni bro... TQlah for sharing Tue 16-Dec-2008 15:14
Posted by:AyiePictorial  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 26-Nov-2008 10:51 Email | Share | | Bookmark
Tips membaiki Foto

Haaa.... penah tak korang nak amek gambar tapi gambar jadi lain......



Ini contoh 2 gambar yang diamek, gambar pertama mempunyai background yang 'over' tapi gambar kedua mempunyai subject yang 'under' tp backgroud yang ok...

Cemna aku wat, aku mergekan dua foto ini dlm fotosop, gunakan mode transformation, pastu masking... dan itulah hasilnya, (foto ketiga)

Sebab tu klu kita blajar fotografi, jgn x blajar fotosop... nanti susah.... bukan semua keadaan buleh diselesaikan terus pada kamera... kengkadang kena jugak guna fotosop.....

selamat mencuba....

Aloo sifoo...

Macam dah makin bz je bang? masuk kuar hutan...
Join radio amatur eh?
Nanti aku call ko eh.
Ada hal mau diskas...hehehe..
Wed 3-Dec-2008 19:13
Posted by:Abdlhdbnmhdnr
Hadi.. ko dah start cuti ke belum....??
aku hilang no tipon ko... sbb HP aku ilang lagi aritu...
jom tolong aku buat CD Foto Ver 2....
call aku bila senang...
Thu 4-Dec-2008 03:07
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my  - [Link]
huarghhhh... banyak info dr bro mie. Mcm banyak outing je skang ni ye?
Kalau saya dapat join kan best. Tapi apakan daya.
Thu 4-Dec-2008 08:30
Posted by:hakim  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 26-Nov-2008 00:07 Email | Share | | Bookmark
Redah 4x4

Baru-baru ini, kira-kira 200 orang telah menghadiri Majlis Perasmian & Suai Kenal Redah 4x4 Club di Teratak Riverview, Ulu Bernam. Majlis berlansung pada 22 - 23 Nov 2008. Aku pula bertugas untuk membuat coverage Video, sambil2 tu bila video aku off, aku pun switch ke SLR aku....

ini sebahagian dari gambar2 yang aku amek....



ni perjalanan dari R&R Rawang menuju ke Ulu Bernam.. Langit cantek plak tu....


Aku naik 4x4 Mjr Samsudin, dalam kenderaan dia penuh dengan pelbagai equipments & control...
ada Radio Transmiter VHF, GPS, Siren, mobile PA dan memacam lagi... Merasa aku meranduk air sedalam 3 kaki meredah sungai ngan Mejar..


Ni bukan competition, tapi kenderaan yang baru melepasi rintangan memasuki kawasan camp site... mmg offroad... jalan mmg tak de...


Haaa... ni plak, kenderaan yang aku ikut semasa hari kedua, mereka panggil 'geli-geli'... memang geli!!... klu orang lemah semangat, mmg tak mo ikut lagi....

ok... nanti klu ader gambar lain, aku upload lagi... kejap agi nak gi meeting...

klu nak diikutkan bawak kamera kat tepi pantai lagi bahaya daripada bawak equipment masuk hutan.... dalam bag camera saya mmg dah ada standby 'raincoat' buatan sendiri.. saya tak risau pasal kamera basah kena hujan... tapi yang paling bahaya mengambil gambar 4x4 ini adalah ketika kereta sedang 'winching'.. kita perlu berada diluar kawasan radius tali winching tersebut... sekiranya tali winching terputus, ia boleh melibas sesiapa sahaja dan menyebabkan badan manusia terputus dua... sebab tu klu bleh jurufoto yang nak amek gambar 4x4, cuba join kelas 4x4... dan faham mengenai kenderaan itu sendiri...
dan seperkara lagi kenapa saya bagi tau bawa kamera kat tepi laut lagi bahaya dari bawak kamera masuk utan adalah... di laut hablur-hablur (garam laut yang ditiup angin) kecil mampu masuk didalam lens dan kamera kita dan menyebabkan mechanical failure dan kerosakkan pada lens... Klu dulu kami yang guna kamera kat tepi laut, selepas sessi fotografi, kami akan rendamkan kamera dalam plastik air.. dan plastik tu dimasukkan dalam tin milo.... kamera tu terus dibawa servis untuk membuang garam-garam halus tu....
Sun 30-Nov-2008 07:28
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my  - [Link]
ok wan, gambar langit biru tu.. diedit menggunakan fotosop... saya menggunakan 2 layer... layer diatas saya ubah level dan naikkan saturation.. kemudian saya buat masking.... Sun 30-Nov-2008 07:35
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my  - [Link]
nice cap mie Wed 24-Dec-2008 09:50
Posted by:dimebag deinvent@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 16-Nov-2008 10:24 Email | Share | | Bookmark
Photo session - Perdana Lake

Smalam, firdaus (fier) tipon ajak gi perdana lake... dier kata ade org baru nak berjinak2 ngan kamera, kebetulan bila aku gi tau jer kat wife aku... dier pun bagi idea..... jom bawak skali bebudak... emmm... aku pun gian jugak, lama tak outing ngan anak2 aku... bleh jugak amek gegambar anak2ku....



tapi aku tak de plak gegambar ngan wan, mamud & fier.... tak sempat nak amek gambar.... sambil2 tu aku jadi asistant kat wan, amek gambar wife & anak 4 bulan dier..... aku jd tukang pegang reflector... [klu wan baca fp nih, post laa gambar yang ko amektu...]



biasala anak2 aku ni, klu dpan kamera.. memacam telatah dorang... aku pun aper lagi... snap ajer laaa....

apa2 pun, tima kasih firdaus, atas arrangement yang telah dibuat... nanti klu nak buat lagi.. call la aku.... klu bleh ajak anak bini skali... kesian gak aku nengok bini aku ngan wan x de kawan....


tima kasih byk2 abg mie sebab sudi mengajar, saya amat berterima kasih & saya rasa abg mie banyak beri information yang berguna. harap dapat buat outing lagi sebab tak puas lagi nie..... rasa masa berlalu terlalu cepat..... gambar abg mie memang lain la... cun... harap satu hari nanti dapat capai tahap abg mie.... Wed 19-Nov-2008 03:40
Posted by:eone
wan, paling elok kalau kita bleh wat outing ngan expert2 yang lain jugak... jadi lebih banyak lagi ilmu kita buleh share.... jadi klu ader rakan-rakan lain yang hendak berkongsi ilmu, join ler program outing ni sama-sama.... tak gitu rakan2??
Thu 20-Nov-2008 05:11
Posted by:miefoto suhaimi@communications.net.my  - [Link]
assalamualaikum....trima kasih kerna memberi tunjuk ajar....hanya Allah yg mampu membalasnya.... Mon 24-Nov-2008 01:13
Posted by:my
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.